Sunday 29 March 2015

Chuping- Pusat Pengeluaran Baja Tahi Kelawar

Baja Tahi Kelawar dari Gua Bukit Chuping





Bukit Chuping, Perlis merupakan sebuah bukit batu kapur. Pada masa dahulu Bukit Chuping merupakan pusat pengeluaran baja tahi kelawar. Baja tersebut digunakan bagi menyuburkan tanah di sawah padi sebelum adanya subsidi baja oleh kerajaan.


















Bukit Chuping-sebuah gua batu kapur

Gua Batu Kapur Chuping




Bukit Chuping, Perlis merupakan sebuah gua batu kapur. Batu kapur tersebut digunakan sebagai salah satu bahan campuran membuat simen. Sebuah kilang simen diwujudkan, berhampiran bukit tersebut sejak awal tahun tujuh puluhan dahulu.
 
Sctiap hari batu kapur di Bukit Chuping dipecahkan untuk dibawa ke kilang simen. Kesannya semakin hari, Bukit Chuping menjadi semakin rendah. Malah di bahagian kepalanya dekat kilang simen sudah menjadi paras. Bukit itu sudah pasti akhirnya akan bertambah pendek.

Ladang Tebu Terluas Di Malaysia

Ladang Tebu Bukit Chuping



Di sekitar Bukit Chuping, terdapat ladang tebu seluas 22,000 hektar. Ladang tebu ini merupakan ladang
tebu terluas di Malaysia. Sementar itu, kilang tebu di Bukit Chuping menghasilkan 5,500 tan metrik gula sehari, iaitu semasa musim menuai dari bulan Disember hingga Jun.





Nama Bukit Chuping Bermula Di Sini

Asal Usul Nama Bukit Chuping







Bukit Chuping sebuah kawasan di Perlis. Bukit Chuping yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Kangar mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Pada asalnya, Bukit Chuping tidak mempunyai nama. Nama Chuping dipercayai berasal daripada nama seorang pesawah yang rajin dan suka menolong orang. Nama pesawah itu ialah Aripin dan pada masa itu penduduk tempatan suka memanggilnya sebagai Cu Pin. Cu Pin tinggal di kaki Bukit Chuping yang menjadi laluan masuk penduduk tempatan ke dalam gua untuk mengambil tahi kelawar. Tahi kelawar telah digunakan sebagai baja untuk tanaman. Jadi, penduduk tempatan sering pergi ke bukit tempat tinggal Cu Pin untuk mengambil baja. 

Apabila ditanyakan hendak ke mana? Mereka akan menjawab, 'kami hendak ke bukit dekat rumah Cu Pin.' Kemudian mereka memendekkannya pula. 'Kami hendak ke Bukit Cu Pin.' Lama-kelamaan sebutan mereka menjadi Bukit Chu Ping.